Pusaka Rasullullah
Salam persahabatan buat semua muslim yang mukmin. Aku adalah saudara kamu dan kamu adalah saudaraku. Aku sayangkan dan merindui kamu semua. Aku harapkan kamu jua begitu terhadapku. Alangkah indahnya jika kita dapat bersua muka dan bersapa bicara bersama-sama. Inilah lambang indahnya Islam. Sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah syahadah, maka mereka adalah bersaudara tanpa mengira melayu, cina, India, kadazan, bidayuh dan apa-apa bangsa sekalipun. Islam menuntut kita sentiasa berkasih sayang. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Itulah tanda cinta yang lahir dari kasih sayang sesama Islam. Cinta sebeginilah yang dicari-cari namun ia seringkali dilupai.
Saudaraku. Aku adalah seorang Muslim dan kamu juga seorang muslim. Namun sejauh manakah kita beriman dengan kata perintah dan larangan Allah s.w.t? Sepatuhmanakah kita dalam megikuti sunnah Rasullah s.a.w?
Aku ingin berbicara dengan kamu tentang pusaka Rasullullah s.a.w. Adakah kamu tahu apakah pusaka itu? Ya, pusaka itu adalah sunnah Rasullullah s.a.w. Baginda berdakwah menyampaikan Islam. Baginda tonjolkan, izzahkan, memperlihatkan, dan mempamerkan betapa indahnya Islam. Baginda adalah pempraktikal segala apa yang tersirat dan yang tersurat di dalam Al-Quran. Para sahabat pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah akan akhlak Rasullullah s.a.w, maka jawab Saidatina Aisyah, akhlak baginda adalah Al-Quran.
Berbalik pada kita. Apa yang telah kita lakukan untuk menyambung sunnah perjuangan Rasullullah s.a.w? Baginda berdakwah dan berjuang sepanjang masa semata-mata kerana Islam demi redho Allah. Maka, bagaimana dengan kita? Di mana kita? Apa sumbangan kita untuk Islam? Atau, kita hanya memerhati Islam yang diperjuangkan oleh Rasullullah s.a.w itu, sehari-harian di hina, di kikis, dicaci ajarannya.. atau bagaimana?
Kita adalah Daie
Saudaraku yang kusayangi. Sedarkah kita, kitalah penyambung sunnah perjuangan Rasullullah? Ingatkah lagi ucapan dan lafaz janji taat setia kita pada Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w setiap kali kita solat? Sedarkah bahawa kalimah janji itu menuntut pengorbanan diri, dan nyawa kita semata-mata untuk Allah dan RasulNya? Kita melafazkan .. “ Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu Pesurruh Allah..” Maka, sesungguhnya solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita adalah kerana Allah.
Kita adalah Daie (pendakwah, penyampai Islam). Setiap individu Muslim wajib sampaikan Islam kepada manusia yang tergapai-gapai dalam kejahilan dan kebatilan. Apatah lagi jika kita ini adalah golongan penuntut ilmu. Jika tidak sekarang, kita bangkit bersama-sama menyampaikan islam dan memimpim masyarakat, maka siapa lagi?
Saudaraku, JOM berdakwah! kita bersama-sama selamatkan anak muda kita, kita pimpin masyarakat. Kita bawa bersama-sama yang non-muslim ke pintu hidayah Allah. Insyallah dan yakinlah pintu syurga terbuka luas untuk kita, bersama-sama dengan ganjaran kasih dan cinta Allah akan kita kecapi. Alangkah manisnya hidup jika dapat bersama cinta-Nya.
sambungan..
Tuesday, August 12, 2008
JOM BERDAKWAH.. !
Posted by
Dakwah GAMIS
at
12:28 AM
Labels: pandangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ADMIN
Tarikh Islam
MINI LIBRARY
Cetusan Hati
Download Buku
- 100 Hadith Palsu
- Apa Ertinya Islam
- Asas-Asas Islam
- Bagaimana Menyeru Kepada Islam
- Christ In Islam
- Common Question About Islam
- Dakwah Fardiah
- Fiqh Dakwah dalam Al-Quran
- Hadith 40
- Ghulam Ad-Dakwah
- Islam Dakwah yang Syumul
- Ke Mana Kita Menyeru
- Kewajipan Umat Islam Dalam Pilihanraya
- Mengenbang Dakwah
- Nasihat Rumah Tangga
- Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah
- Rintangan Pendakwah
- Tariq Ad-Dakwah
- Usrah & Dakwah


0 comments:
Post a Comment