Saya salah seorang yang hadir di dalam bantahan forum tersebut. saya berdemostrasi namun hati saya seolah-olah menolak pendekatan demostrasi pada hari tersebut. rasa macam tidak sesuai pada suasana dan masanya. Saya merasakan demostrasi pada hari tersebut bukan penyelesai kepada masalah sebenar yang berlaku, bahkan demo ini memberi imej buruk pada Islam.
Sebenarnya kita terlalu cepat melatah dan melenting tanpa ada sebab dan asas yang kukuh. Sehingga kita melupakan satu aspek pendekatan yang lebih penting dalam Islam iaitu memberi penjelasan beserta hujjah-hujjah dan fakta yang jelas. Ulama-ulama terdahulu menghadapi suasana tentangan serangan terhadap Islam lebih hebat daripada kita. Contohnya golongan orientalis banyak mempertikaikan kesahihan hadith, golongan Islam sendiri yang anti-hadith dan bermacam-macam lagi serangan. Namun ulama tidak tergesa-gesa dalam membuat tindakan. Mereka berbincang dan merujuk balik Al-Quran dan Sunnah untuk mencari penyelesaian.
Dalam sejarah di
Pendekatan Imam As-Syafie
Saya merujuk buku Autoriti Hadis : Menangani Golongan Anti-Hadith terbitan UM oleh pensyarah-pensayarah Akademi Pengajian Islam UM. Dalam menangani isu golongan anti-Hadith, imam As-Syafie mengambil beberapa kaedah dan pendekatan. Antaranya beliau menggunakan kaedah halaqah Pengajian dan Dialog atau debat.
Sebagai seorang tokoh ilmuan dan ulama Islam, Imam As-syafie menggunakan kelas pengajiannya memberi penjelasan kepada masyarakat atau orang ramai ketika itu mengenai kesilapan yang dilakukan oleh golongan anti-hadith. Apabila golongan ini mendapat tahu tentang penjelasan tersebut, mereka tetap berkeras dengan pandangan mereka.
Ekoran daripada keadaan ini, Imam As-Syafie menggunakan jaedah dialog dan berdebat. Akhirnnya mereka berdebat dan berdialong dengan matlamat mencari kebenaran bukannya mempertahankan pandangan semata-mata. Soal-jawab berlaku dan masing mengemukakan hujjah. As-Syafie mengemukakan hujjah berdasarkan al-Quran dan sunnah. Setelah puas berdialog dan mendapat penjelasan yang baik. Golongan ini telah kembali ke pangkal jalan dan insaf. Kisah dialog dan debat ini dirakamkan didalam kitab As-Syafie, Kitab Jima’ Al-I’lm.
Di Malaysia pernah menggunakan kaedah ini ketika menghadapi gerakan anti Hadith Kassim Ahmad. Namun dialog tersebut gagal meyakinkan Kassim Ahmad dari segi hujjah yang dikemukan oleh para ulama. Akhirnya dia masih mempertahankan idea dan pendapatnya serta tidak berganjak dari pendiriannya.
Perbincangan terbuka atau tertutup?
Saya ingin bertanya, kenapa tidak boleh membuat perbincangan terbuka? Di mana sensitifnya. Betul ke isu ini sensitive untuk dibincangkan atau ia hanya atas kepentingan tertentu kita mengatakan ia sensitive.? Saya kira perbincangan tertutup lebih bahaya kerana kita tidak mengatahui apa yang dibincangkan. Perbincangan tertutup sebenarnya lebih membuka ruang kepada kekeliruan dan salah tanggapan terhadap Islam.
Saya tidak menafikan kemungkinan ada agenda-agenda tertentu di sebalik penganjuran forum tersebut. Namun, saya persoalkan di sini adalah tentang bagaimana kita tangani isu ini. Kita sebenarnya tidak bersedia menghadapi suasana-suasana seperti ini. Kita tidak mempunyai individu yang boleh tampil untuk memberi penjelasan yang baik beserta hujjah-hujjah yang jelas. Yang ada hanya kenyataan kecaman di dalam media
Apa salahnya kita mengadakan dialog secara terbuka, kita buat siaran langsung di semua stesen TV dan radio. Kita kemukakan orang yang boleh bercakap untuk menjawab persoalan yang timbul. Kita buat persediaan secukupnya. Yakinlah bahawa Islam ini memberi jalan penyelesaian. Insyallah masyarakat akan faham dan non-muslim mendapat penjelasan yang baik. Tidak akan timbul salah faham dan kekeliruan lagi.
Firman Allah s.w.t :
“ Ajaklah mereka kepada jalan Tuhan dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu siapa yang tersesat jalanNya, dan Dia lebih tahu pula orang yang menuruti jalan yang benar” – An-Nahl : 125.
Oleh : Mohd Yusri Hafiz Yusoff
Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan Gamis


0 comments:
Post a Comment