Golongan remaja terutamanya para pelajar adalah generasi pelapis kepimpinan Negara. Untuk melihat corak kepimpinan masa akan datang, maka lihatlah pada generasi muda pada masa sekarang. Namun apa yang menyedihkan golongan intelek ini semakin hari semakin rosak dan hilang identiti diri.
Baru-baru ini di dalam akhbar KOSMO! yang bertarikh 1Ogos 2008, ada memaparkan satu pendedahan hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd. Yunus Pathi tentang penglibatan pelajar IPT dalam najis dadah. Menurutnya, kajian telah dibuat terhadap para pelajar yang pernah mendapat rawatan di pusat berkenaan ketika cuti semester. Hasil kajian menunjukkan antara 45 peratus dan 60 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pernah mempunyai pengalaman mengambil pelbagai jenis dadah bagi tujuan hiburan dan daya tahan.
Sebenarnya, gejala dadah bukanlah suatu perkara yang baru menular di kalangan pelajar IPT. Bahkan ia telah mula menular lebih awal lagi daripada tempoh tersebut. Apabila meneliti kajian-kajian yang dibuat oleh agensi atau badan-badan tertentu, hakikatnya gejala ini telah banyak membabitkan ramai pelajar sekolah menengah dan juga pelajar yang masih bersekolah rendah.
Kajian oleh Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati, bahawa kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus19-39 tahun. daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara
Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Bagi yang mula ketagihan dadah adalah bermula pada umur kurang daripada 13 tahun. Secara statistiknya menunjukkan, remaja yang berumur kurang 13 tahun sehingga 25 tahun merupakan golongan yang paling ramai yang ketagihan dadah.
Jadual 1
Jadual 2
*Sumber daripada:Laman web PEMADAM, “Data Penagih Terkumpul Di Malaysia Bagi Tahun 2005”, akses pada 29 Februari 2008.
Maklumat stastistik di atas adalah gambaran apa yang berlaku pada 3 tahun lalu. Sekarang sudah tahun 2008. Persoalannnya di sini, adakah statistik terkini menurun atau pun semakin menaik? Sering tertanya-tanya, mengapa dan bagaimana penyalahgunaan dadah ini masih berleluasa sedangkan kempen dan langkah penguatkuasaan terus meningkat? Di mana silapnya?.
Seorang aktivis masyarakat dan bekas Naib Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata, dadah satu isu yang kritikal. Negara pada tahun 80-an pernah mengadakan kempen besar-besaran dan menyifatkan dadah musuh utama negara, masalah yang mengancam keselamatan negara. Namun apa yang dilihat sehingga hari ini, masalah penyalahgunaan dadah masih kekal serius dan tidak nampak ada trend atau pun tindakan positif yang betul dapat menangani masalah ini.
“Selamatkanlah pelajar-pelajar kita daripada belenggu dadah ini. “




0 comments:
Post a Comment