Majlis Dakwah & Kebajikan (MDK) GAMIS akan mengadakan XPDC DAKWAH sempena sambutan tahun baru, 2009. program ini melibatkan sukarelawan mahasiswa seluruh kampus di sekitar lembah Klang. Kali ini, program ini tidak akan tertumpu lagi di kawasan konsert seperti di KLCC & Dataran Merdeka sepertimana kebiasaan yang dilakukan sebelum ini. Dua tempat yang menjadi sasaran baru program ini ialah :
Monday, December 29, 2008
XPDC DAKWAH (X-DA'WAH) 2008
Labels: Dakwah
Wednesday, December 17, 2008
MAHASISWA DI BUKIT ANTARABANGSA
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) baru-baru ini telah menghantar Skuad Sukarelawan GAMIS turun ke tempat kejadian tanah runtuh yang membabitkan 14 buah banglo di Bukit Antarabangsa. Skuad ini diketuai oleh Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan (MDK) GAMIS, Mohd Yusri Hafiz Yusoff bersama 20 orang sukarelawan GAMIS yang terdiri daripada mahasiswa UM, UPM, UTP, UIA, UiTM Shah Alam dan Kolej Lagenda. Skuad mahasiswa ini bersama-sama 2 NGO iaitu Disaster & Emergency Respons Unit (DERU) JIM dan Unit Amal Malaysia, telah membantu mengangkut barang & mengagihkan makanan kepada mangsa tanah runtuh.
Hari Pertama, 11 Disember 2008
Bermula pukul 5.30 petang, skuad sukarelawan GAMIS menaiki trak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)bergerak untuk menghantar barang-barang mangsa yang telah di angkut ke Bukit Beruntung. Dua trak MPAJ telah digunakan. Setibanya di Taman Kekwa, Bukit Beruntung, skuad mahasiswa ini turut dibantu oleh skuad DERU JIM Bukit Beruntung untuk memindah masuk barang mangsa ke rumahnya. Setelah solat maghrib di rumah mangsa, kerja-kerja pemindahan dari trak kedua diteruskan.
Namun , sedikit insiden berlaku apabila trak MPAJ secara tidak sengaja terlanggar tiang pintu pagar ketika hendak keluar dari halaman rumah. Selepas Isyak, pemindahan ini selesai.
Hari Kedua, 14 Disember 2008Pada hari yang kedua, skuad mahasiswa ini bersama Unit Amal Malaysia & DERU JIM menjalankan tugas pemindahan barang mangsa daripada kediamannya di Impiana Selatan. Sebelum itu, setiap petugas dikehendaki menulis nama di kaunter MPAJ & mengambil Pas Masuk sebagai langkah keselamatan. Kemudian menaiki pacuan 4 roda MPAJ ke Impiana Selatan.
Pemindahan barangan terpaksa dihentikan sebelum pukul 2 petang kerana jalan akan ditutup antara 2-5 petang untuk memberi laluan kepada pasukan tentera membuka jambatan besi yang telah di pasang pada awal kejadian tanah runtuh beberapa hari lalu. Namun, belum sempat keluar, pihak polis tidak membenarkan untuk keluar daripada kawasan itu kerana jalan telah pun ditutup. Jalan akan dibuka semula selepas pukul 5.00 petang. Dan kebetulan ketika itu, hujan lebat menyebabkan laluan untuk ke Impiana Selatan & Bukit Utama di tenggelami air. Turut berada di kawasan itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ bersama skuad kebajikannya.
Sementara menunggu jalan keluar dibuka, skuad mahasiswa ini membantu mengagihkan bungkusan makanan & minuman yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia di pos Unit Amal Malaysia, kepada petugas & juga mangsa-mangsa yang terdiri daripada bangsa melayu, cina & India. Solat zohor & Asar di lakukan secara berjemaah di tepi jalan di pos Unit Amal Malaysia. Tepat pukul 5.30 petang jalan telah dibuka.
Hari Ketiga, 15 Disember 2008
Pada hari ini, kerja-kerja pemindahan masih tertumpu di rumah mangsa yang sama di Impiana Selatan. Gerak kerja berjalan dengan lancar.
Hari Keempat, 17 Disember 2008Pada hari yang keempat, skuad sukarelawan GAMIS, DERU JIM, Unit Amal Malaysia, PAS Ampang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), dibenarkan masuk ke kawasan merah, yang terdapatnya 14 buah rumah banglo yang ranap akibat tanah runtuh. Kebenaran masuk ke kawasan tersebut memerlukan surat kebenaran polis & masuk bersama tuan rumah. Kawasan tersebut sangat merbahaya dan hanya petugas lelaki & media sahaja dibenarkan ke kawasan rumah mangsa serta diiringi anggota SMART, JKR & Polis.
Atas nasihat pihak SMART & polis, petugas tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah mangsa untuk mengambil barang atas sebab keselamatan. Kerana rumah berkenaan dindingnya telah retak teruk & tiangnya ada yang telah pecah serta kedudukannya yang agak senget & terbenam ke dalam tanah. Hanya 2 petugas yang berbadan ringan sahaja dibenarkan masuk untuk mengambil cermin besar milik mangsa. Kedua-duanya adalah sukarelewan GAMIS.
Ada dikalangan petugas yang mendakwa terhidu bau busuk seperti bau bangkai di kawasan runtuhan tersebut. Namun salah seorang anggota polis mengatakan ia adalah bau ayam & daging di dalam peti dan bau bangkai anjing yang tertimbus. Tidak banyak barangan yang dapat diselamatkan. Hanya barangan ringan sahaja, manakala perabot lain tidak boleh dikeluarkan atas sebab keselamatan. Selepas waktu asar, skuad Sukarelewan GAMIS bertolak pulang ke kampus masing-masing.
Labels: kebajikan
Thursday, November 13, 2008
FILEM TEMPATAN & SAJAK KEMATIAN
1) Filem Tempatan HINA Islam
Heboh pada awal tahun 2008 ini apabila muncul satu filem pendek, Fitna yang dikatakan menghina Islam. Filem ini tempohnya selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris. Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.
Filem ini terus meletus kemarahan darah melayu Islam, yang bangkit menentang tayangan filem ini. Namun, “Gajah di seberang laut jelas Nampak, tapi, kuman-kuman yang duk mengikis-ngikis tak perasan pula”. Filem yang hina Islam di luar Negara ini bukan satu saja, bahkan banyak lagi dan ada yang lebih teruk. Tetapi mereka yang membuat filem ini bukannya orang Islam. Bukan di Negara Islam. Bukan pengarahnya seorang Islam. Memang patutlah diaorang buat seperti itu. Sebab mereka ini tidak faham Islam. Mereka salah tanggapan tentang Islam.
Masalah ialah filem kita. Yang menjadi “kuman-kuman pengikis Islam” ini ialah filem-filem melayu. Filem tempatan. Filem kita banyak yang hina Islam. Tetapi kita tidak menyedarinya. Bahkan kita katakan bahawa kita ini lebih teruk daripada filem di luar Negara. Sebabnya kita ini Negara yang ramai orang Islam, pengarah filemnya adalah Islam, syarikat-syarikatnya adalah milik orang Islam. Tetapai mengapa filemnya pula banyak menghina Islam?
Pada bulan Mac 2008 baru-baru ini telah di tayangkan sebuah filem yang bertajuk ‘Akhirat’ yang begitu jelas menghina Islam dan filem-filem yang seumpama dengannya seperti Gubra, Dunia Baru The Movie, Kami, Anak Halal dan lain lain, yang semakin banyak yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan, yang ‘beragama Islam’. Sepertimana filem ‘Akhirat’ tersebut jelas menjadikan adegan zina, minum arak dan berhibur secara keterlaluan itu sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita. Konsep penggantungan sepenuhnya kepada Tuhan tidak dicerminkan di dalam filem ini malah dialog bebal juga menyalahkan Tuhan amat keterlaluan. Ada juga adegan cium leher, peluk, belai membelai, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan tajuk ‘Akhirat’ itu sendiri. Begitu juga dengan Anak Halal, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini, main dadah, adegan berkemban dan tidak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini.
Seolah-olahnya filem-filem ini menghalalkan berpeluk, bercium, berzina, dedahkan tubuh badan dan lain-lain lagi. Bahkan filem-filem seperti ini telah menerima pemgiktirafan anugerah terbaik, pengarah terbaik dan macam-macam lagi!
2) Sajak kematian VS filem seram & filem hina Islam.
Sekarang ini pula timbul isu tentang tayangan ‘Sajak Kematian’ sebagai pendekatan di sekolah-sekolah rendah. Memetik pandangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein, katanya, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.
"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.
Sebenarnya budaya ‘menakut-nakutkan’ di dalam masyarakat kita ini sudah sebati. Pendidikan dengan cara menakutkan ini sudah diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat melayu Islam kita. Contohnya, ‘dik jangan pegi kat pokok tu, ada hantu pokok’ ‘jangan nangis, nanti hantu datang’ ‘jangan keluar malam-malam, nanti hantu raya datang’ ‘pergi tidur cepat-cepat, kalau lambat nanti pocong ambil’ ‘dik , jangan mandi lama-lama, nanti keluar tangan bebulu kat dalam sinki tu, baru tau’ dan lain-lain lagi. Budaya ini adalah salah satu cara nak didik anak-anak jangan keluar malam, tidur awal, jangan mandi terlalu lama dan sebagainya.
Berlainan dengan pendekatan Sajak Kematian ini. Ia lebih mendidik untuk mengingati akan dosa-dosa yang lalu dan mengisafi atas kesalahan yang di lakukan dengan Allah. Sajak ini member esej bahawa setiap yang dilakukan oleh kita di dunia ini akan dipersoalkan balik atau ditanya kembali oleh Allah di akhirat kelak. Bahkan cara ini lebih berkesan agar anak-anak kita atau adik-adik kita, menjaga solatnya, jangan lawan cakap ibu bapa, hormati guru dan lain-lain.
Klip video ini tidak sampai satu jam tempohnya. Ia hanya ditayangkan dalam masa-masa tertentu. Berbanding dengan filem-filem melayu sejak akhir-akhir ini. Filem yang bertemakan ‘seram’ dan ‘hantu’ . Lebih menakutkan bahkan boleh banyak unsur syirik, khurafat, mengarut dan sebagainya. Walaupun masa siarannya hanya setengah jam, tetapi ia di tayangkan setiap hari. Peratus untuk mempengaruhi minda kanak-kanak yang melihatnya adalah lebih tinggi dan memberi kesan mental yang lebih mendalam. Filem seperti ini bukannya mempunyai unsur-unsur didikan bahkan lebih merosakkan. Ia lebih menimbulkan rasa takut pada hantu dan perkara-perkara tahyol berbanding sajak kematian lebih mendatangkan takut pada Allah dan insafi dosa-dosa.
Tak kurang juga dengan filem –filem tempatan yang hina Islam. Filem ini banyak merosakkan remaja, bahkan juga pemikiran kanak-kanak. Penonjolan pemakaian yang seksi, budaya bercampur baur antara Islam dan maksiat, aksi-aksi yang berunsur lucah dan lain –lain, makin membarah dalam masyarakat kita. Anak-anak kita yang melihatnya makin terikut-ikut. Adik-adik kita sikit demi sedikit semakin sebati dengan cara hidup seperti ini.
Adakah filem seperti ini dikatakan lebih mendidik anak-anak, adik-adik dan pelajar kita? Adakah dengan mengingati kematian menjadi suatu fobia yang merosakkan didikan?
Labels: isu
Wednesday, November 12, 2008
SEGERA : Dua kanak-kanak rayu bantuan bedah jantung
Dua kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah jantung kronik, Koo Pei Chi, 11 dan Lee Zhi Xian, 2, memerlukan bantuan daripada orang ramai bagi membiayai pembedahan mereka. Ibu Lee, Teh Bee Yi, 27, berkata anak bongsu daripada dua beradik perempuan itu mengalami komplikasi jantung berlubang.
Katanya, apa yang menyedihkan selain menghadapi kesakitan kerana terdapat dua lubang di jantung, anaknya itu turut memiliki saiz otak yang lebih kecil daripada kanak-kanak normal.
“Ini menyebabkan penglihatan anak saya terjejas dan terpaksa menggunakan cermin mata untuk melihat.
“Dengan pekerjaan suami, Lee Wee Hong, 30, sebagai mekanik dan saya suri rumah sepenuh masa, kami tidak mampu menanggung kos perbelanjaan dianggarkan RM28,000,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, bapa Pei Chi, Koo Chee Meng, 40, berkata beliau sedih melihat keadaan anaknya yang disedari mengalami komplikasi jantung sejak berusia dua hari.
Koo berkata, Pei Chi yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Desa Jaya, di Kepong dekat sini, sering berasa lemah.
“Anak saya perlu menjalani dua pembedahan membetulkan perjalanan darah. Pembedahan akan datang adalah yang kelima baginya sejak dilahirkan.
“Ini semua membabitkan kos yang sangat tinggi. Kami hanya mampu menyediakan sebanyak RM10,000 sedangkan kos keseluruhan pembedahan mencecah RM63,000,” katanya ketika ditemui di
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian kepada NSTP Charity Fund di alamat Unit Kebajikan, Bahagian Kewangan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau hubungi 03-22823131 sambungan 6659.
ATAU
Boleh hubungi Majlis Dakwah & Kebajikan Gamis, 013-6295605 (Yusri) atau 019-4358727 (solehati)
Labels: kebajikan
Wednesday, October 22, 2008
BAITUL DA'WAH
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]
Baitul Da’wah adalah istilah yang saya gunakan bagi mengambarkan ikatan perkahwinan antara seorang muslim dengan saudara baru. Salah satu tujuan utama baitul da’wah ini adalah untuk menjaga, membimbing dan mendidik saudara baru untuk lebih memaknakan diri mereka di dalam Islam, dengan satu ikatan yang kuat dan utuh. Ikatan ini bukanlah suatu peluang untuk berkahwin campur secara suka-suka semata, bahkan ini adalah ikatan yang penuh rasa tanggungjawab dan amanah untuk memberi erti hidup pada memberi kepada mereka yang memerlukannya. Yang paling penting ialah, baitul da’wah ini merupakan salah satu uslub atau manhaj yang kita ambil untuk tujuan dakwah dan mengikat manusia dengan Islam.
Jika gerakan Kristian, Yahudi dan agama-agama lain membuat perancangan yang teratur dan tersusun untuk memerangkap anak remaja kita, pemuda-pemuda mereka sanggup mencucuk jarum cinta di hati anak gadis Islam dan akhirnya terlanjur, lalu mereka mengahwini anak gadis kita setelah berjaya memurtadkannya. Mereka lakukan segalanya adalah semata-mata untuk agama mereka yang mereka yakini. Maka mengapa tidak kita yang seharusnya lebih rancak dan kitalah sepatutnya lebih terkedepan kerana kita adalah pemegang amanah Islam.
Di dalam sejarah perkembangan Islam di nusantara, salah satu cara Islam berkembang adalah melalui ikatan perkahwinan. Contohnya, antara sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po, antara ulama’-ulama’dan saudagar Islam dengan perempuan Melayu dan sebagainya.
Dakwah itu 3E.
Dakwah itu adalah 3E (Everytime, Everywhere, Everyone) iaitu setiap masa yang kita lalu, dimana sahaja kita berada dan dakwah Islam itu adalah untuk dirasai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, adat, kepercayaan dan sebagainya. Islam itu bukanlah untuk sesuatu bangsa sahaja bahkan ia adalah hak semua bangsa untuk dimiliki dan dihayati. Islam itu untuk SEMUA.
Dakwah itu adalah merupakan apa-apa sahaja ruang masa atau rongga peluang yang ada di sekeliling kita, yang mampu kita bolosi, yang mampu kita masuki, yang mampu kita serapi dan yang mampu kita ambil untuk meninggikan, menyebarkan dan mempamerkan kecantikan Islam. Dakwah itu juga memberi peluang kepada semua manusia untuk memahami, belajar dan cuba untuk menghayati Islam. Tidak ada sebarang sekatan dan halangan bagi sesiapapun untuk mengenali Islam. Oleh itu, dakwah adalah amanah kita. Di mana, bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja kita perlu laksanakannya. Jika perkahwinan itu cara & peluang terbaik untuk Islam, maka laksanakanlah.
Baitul Da’wah di kampus.
Di kampus terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan muallaf ini.
1- seorang siswi masuk Islam kerana cinta dengan seorang siswa, tetapi tidak lama kemudian siswa tersebut mula beralih arah dan mengabaikannya.
2- Seorang siswi cina ingin memeluk Islam kerana Islam menjaga hak-hak wanita, dan berkenalan dengan seorang lelaki Islam dan bercinta dengannya. Namun lelaki tersebut akhirnya memutuskan cinta dengan siswi tersebut atas alasan tertentu.
3- Seorang siswa yang baru memeluk Islam, dan syukur lillah dia telah bertunang dengan seorang siswi muslim.
4- Seorang siswi sanggup berkahwin dengan seorang muallaf luar negara untuk mengajarkannya tentang Islam.
Seimbas lalu kes-kes yang ada, persatuan mahasiswa Islam kampus atau kelab-kelab Islam kampus perlu memberi perhatian dan menjaga muallaf atau sesiapa sahaja yang baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Sehinggakan hal perkahwinannya kita perlu aturkan. Agar mereka sentiasa terjaga dan penghayatan Islam mereka dapat berlangsung secara berterusan.
Banyak kes-kes murtad yang berlaku adalah dikalangan saudara baru (muallaf) kerana tiada follow up. Ada di kalangan kita yang beriya-iya mengislamkan seseorang, kemudian membiarkannya terkontang-kanting dan merangkak-rangkak dan akhirnya kembali semula kepada agama asal atau masuk agama lain.
Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk baitul da’wah. Dan, saya amat menyanjungi keberanian mereka atas dasar tanggungjawab dan amanah untuk Islam.
*Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan perkongsian minda serta renungan, bukanlah sebagai rujukan.
Labels: Dakwah
Tuesday, September 23, 2008
KElesuaN KAMPUS

“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.
“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.
Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri.
Kerja dakwah di kampus memang mencabar. Tambahan pula cabaran itu berubah dari semasa ke semasa. Kumpulan dakwah yang gagal membaca perubahan lantas gagal mengubah strategi dan pendekatan, akan mengalami kelumpuhan sokongan dan perhatian warga kampus.
Banyak persoalan yang dilontarkan kepada saya. Serba salah mahu menjawabnya, kerana saya takut saya akan cuba memaksa pengalaman silam kepada hari ini yang sudah jauh berbeza berbanding semalam.
Mungkin serba sedikit perkongsian pengalaman sebagai bekas aktivis pelajar.. jika ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, mohon taufik dari Allah agar diperkembangkan ia.
Di dalam mailing list saifulislam @ yahoogroups, saya melepaskan sebahagian maklum balas kepada isu gerak kerja dakwah di kampus (mesej #1928 - #1955) untuk melihat maklum balas umum. Persoalan berkaitan sensitiviti dan kerahsiaan tidaklah begitu signifikan kerana ia adalah ‘rahsia umum’ yang diketahui semua. Kelesuan gerakan pelajar berteraskan Islam melanda hampir kesemua kampus dan kelesuan itu adalah sebahagian daripada kelesuan gerakan Islam itu sendiri, khususnya semenjak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.
Namun, tidaklah komen-komen yang diberikan itu mendatangkan apa-apa manfaat, jika ia sekadar luahan rasa tidak puas hati dan mengumumkan kecederaan peribadi kepada ramai.
Keterlibatan seseorang di dalam aktiviti Islam di kampus, mestilah secara PRO AKTIF. Maksud saya, memang tidak dinafikan, keterlibatan kita di dalam aktiviti seperti usrah, seminar, tamrin dan sebagainya adalah ke arah untuk memperbaiki diri, tetapi melibatkan diri dalam dakwah semata-mata untuk MENERIMA, bukanlah ciri seorang mukmin yang cemerlang. Cemerlang is Better than Good or even Better than Best.
Apabila kita menyertai kerja dakwah secara proaktif, maka kita tidak akan menghukum diri dengan masalah. Jika zaman anda adalah zaman gerak kerja dakwah itu cemerlang, maka terlibatlah secara pro aktif dengan menyumbangkan sebanyak mungkin idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan itu.
Namun jangan lupa kepada realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Jika ditakdirkan Allah, era keterlibatan kita di dalam kerja dakwah itu adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkanlah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
Zaman Tarbiyah dan Politik cemerlang, kita dapat peluang untuk belajar cara melaksanakan tugas secara optimum. Zaman Tarbiyah lesu dan Politik bisu, ambillah peluang untuk belajar menyelesaikan masalah. Ia sangat mematangkan kerana realiti di dalam kehidupan pasca campus memang tidak seindah kertas kerja dan seminar.
Jika kita tidak berpuas hati dengan kumpulan yang kita sertai, kumpulan mana yang kita mahu pergi jika kesempurnaan yang dicari? Semua kumpulan yang ada adalah kumpulan manusia. Kalau manusialah nama ahlinya, kelebihan dan kekurangan adalah corak yang mesti wujud. Buat apa mengeluh dan berlari ke kanan, seketika ke kiri pula, kerana melarikan diri dari kekurangan? Tampilkan peranan… berhentilah daripada bersikap reaktif dan melarikan diri dari kekurangan. Jika anda terus berlari mengejar kesempurnaan, anda sebenarnya berlari di dalam satu pusingan yang akan berakhir di titik yang sama.
Kekurangan dan kelemahan bukannya untuk dicela atau dibenci. Ia pelajaran dari Tuhan untuk kamu. Kamu sudah ada kehidupan tahun 2007 yang penuh kesempurnaan. Maka apa salahnya kumpulan dakwah kamu diuji dengan kekurangan? Setelah hidup penuh ganjaran pahala syukur atas kesempurnaan, gunakanlah gelanggang dakwah untuk mengutip pahala sabar dan tekun memperbaiki kelemahan.
Sebab itulah dalam banyak tulisan saya, saya tegaskan, what happened to you is not as important as what happen IN YOU. Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah ‘musibah’ yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yYang telah ditetapkan Allah BAGI kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” (At-Taubah : 51)
Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita. Bukannya hukuman KE ATAS kita. Namun, sikap kita dalam mendepani cabaran itulah yang menentukannya. Jangan lupa diri terhadap kejayaan dan jangan lemah semangat dengan kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu bukannya destinasi, ia adalah sebuah perjalanan. Maka di sepanjang perjalanan dakwah di kampus, raikanlah segala kemenangan kecil, biar pun ia hanya membetulkan senget tudung seorang gadis yang naif.
Syabas kepada pemimpin pelajar yang gigih memimpin, syabas juga kepada pelajar yang gigih menentang AKU TIDAK PEDULISMA.
Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman.
Erti Hidup Pada Memberi… be proactive!
Wassalamualaikum wbt.
ABU SAIF @ www.saifulislam.comLabels: Dakwah
Monday, September 22, 2008
Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday
Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today).
RAKAN RAJA PETRA MENULIS:
Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda.
1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah menjadi kesalahan utk mengatakan kaum perempuan lain di masa itu (bukan Arab, Yahudi, Kristian) tidak memakai tudung. Sebenarnya, kaum perempuan Yahudi dan Kristian memakai tudung yg lebih konservatif drpd wanita-wanita Muslim.
Menutup badan juga adalah kemestian bagi kaum lelaki dan wanita yg tinggal di padang pasir. Ia tidak ada kaitan dgn mana-mana agama. Jadi apabila ayat tersebut menyatakan "supaya mereka boleh dikenali" ia sebenarnya bermaksud kaum wanita tidak perlu menutup muka atau kepala mereka sehingga tidak boleh dibezakan mereka dgn kaum perempuan Kristian dan Yahudi yg juga memakai tudung. Ini bermakna, tidak ada langsung perkara memakai tudung untuk menutup kepala dan muka.
Terjemahan Surah Al-Ahzab ayat ke 59 secara umum:
Ya ayyuhan nabi : Wahai Nabi
qul li-azwajika wabanaatika : beritahulah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
wa nisaa i mu'mineena : dan wanita-wanita yang beriman
yudneena : untuk memanjangkan
Alayhinna : ke atasnya
min jalabeebihinna : daripada pakaian/tudung.
KOMEN UZAR
Malangnya, anda telah tersalah-tafsir ayat di atas dan memahaminya di luar konteks sebenar, saya kira ia adalah kerana anda tidak meneliti seluruh struktur ayat tersebut.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Ulama telah bersepakat bahaya setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W juga adalah ditujukan kepada setiap Muslim melainkan jika berlainan disampaikan oleh Baginda S.A.W melalui Hadith atau ayat-ayat Quran yang lain. Contohnya: Nabi mempunyai lebih dari 4 orang isteri dalam satu-satu masa, ianya dipanggil "Khususiyat Anbiya" yang tidak dibenarkan untuk diikut oleh umat Muhammad kerana atas ketentuan khusus oleh Allah SWT untuk Nabi beserta dengan sebab-sebab yang lain.
TIDAK TERHAD KEPADA ISTERI NABI SAHAJA
Dari itu, dalam perkara ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada adalah satu perintah yang bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi, tetapi juga kepada seluruh kaum wanita Muslim. Ianya bukanlah hanya budaya bangsa Arab yang tinggal di padang pasir yang berdebu, tetapi adalah suatu perintah agama yang khusus. Malah kita dapat melihat bagaimana Allah swt mengarahkan Nabi untuk menyampaikan arahan menutup aurat ini kepada seluruh wanita yang beriman sebagaimana firman Allah :-
وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ
Yang bermaksud: "Wanita-wanita yang beriman"
Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku Muslim lagi mukmin, wajiblah mereka tunduk dan patuh serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tadi.
Definisi jilbab yang disebut di dalam ayat tadi adalah pakaian yang dipakai oleh kaum wanita (sama seperti baju kurung) untuk menutup badan mereka. Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi menerangkan bahawa di zaman Jahiliyah, apabila segelintir wanita keluar dari rumah, mereka gemar menunjuk-nunjuk sebahagian kecantikan mereka seperti dada, leher dan rambut sehingga mereka diganggu oleh lelaki-lelaki yang gemar melakukan zina.
Kemudian, ayat di atas diturunkan memerintahkan wanita-wanita Muslim untuk memanjangkan (beerti dari bahagian atas ke bahagian dada dan bukannya hanya di bahagian dada sahaja) jilbab mereka supaya menutup bahagian-bahagian badan yang boleh mendatangkan fitnah. Dengan cara ini, mereka akan dikenali sebagai wanita suci, mulia dan bersih (‘afifah) dan menepati ciri wanita Muslim sebenar. Jadi, dengan demikian mereka akan dikenali sebagai bukan kumpulan wanita murahan yang boleh dipermain dan diganggu maruahnya.
Ayat di atas menunjukkan bahawa menutup aurat itu adalah lambang atau tanda seorang Muslim. Allah SWT juga Berfirman:
وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati." (Al-Haj : 32)
Oleh itu, sebab utama (‘illah) untuk perintah di atas adalah untuk mencegah wanita-wanita Muslim daripada diganggu lelaki-lelaki jahat. Pakaian-pakaian yang mendedahkan kecantikan wanita atau cara jalan atau percakapan yang menggoda sudah tentu akan menaikkan nafsu syahwat kaum lelaki. Kelakuan begini akan mengundang kaum lelaki untuk berfikiran jahat dan mencabul. (Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit olahan)
WANITA YAHUDI DAN KRISTIAN BERTUDUNG, MAKA MUSLIMAH PERLU BUKA TUDUNG ?
Adalah SALAH juga untuk mendakwa bahawa kononnya erti dari ayat iaitu "supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, " membawa erti bahawa bahagian kepala, rambut dan muka mesti didedahkan bagi memperbezakan antara wanita Islam dan wanita kristian dan Yahudi yang juga kononnya bertudung (sebagaimana dakwa rakan Raja Petra dan dipersetujuinya).
Saya mengatakannya salah adalah kerana sebab berikut :-
Pertama: Adakah logik untuk mengatakan kita hanya boleh mengenali seseorang wanita dengan melihat wajahnya dan rambutnya? Sudah tentu tidak, kita boleh mengenali mereka dengan pelbagai cara, sama ada dengan mendengar suaranya atau perkara-perkara lain selain dari wajahnya.
Kedua: Sebenarnya kebanyakan wanita-wanita Jahiliyah TIDAK BERGAMA KRISTIAN MAHUPUN YAHUDI, mereka tidak memakai tudung sama sekali dan sebahagian mereka memakai tudung berpandu kepada hawa nafsu dan kesukaan mereka, ini menjadikan tudung mereka sama sekali tidak menyerupai tudung wanita Islam. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3/285).
WANITA JAHILIYYAH TIDAK BERTUDUNG!
Perihal keadaan wanita Jahilyyah disebut sifat mereka di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aby Hurairah dimana Rasulullah SAW bersada:
"Dua golongan penghuni neraka yang tidak aku nampak: (1) manusia yang mengibaskan tali cemeti seperti ekor kerbau pada mereka dan mereka akan memukul manusia yang lain (pemerintah yang zalim); (2) perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong (pada kejahatan) dan menarik orang lain condong kepadanya. Kepala mereka akan jadi seperti bonggol unta ‘bukhtun' yang condong kepada suatu arah. Mereka tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak akan cium bau Syurga sedangkan bau Syurga itu boleh dihidu daripada jarak-jarak yang tertentu" (Riwayat Muslim, Sohih).
Wanita-wanita JAHILIYAH dikatakan memakai pakaian tetapi masih berbogel kerana mereka memakai baju tetapi tidak menutup aurat kerana baju tersebut adalah nipis (boleh ditembusi pandangan) dan mendedahkan tubuh mereka; seperti banyaknya pakaian wanita hari ini. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qardawi)
‘Bukhtun' di dalam hadith di atas adalah sejenis unta yang mempunyai bonggol yang besar. Rambut wanita menyerupai bonggol unta tersebut apabila diikat dan disanggul di atas kepala.
Semua sabdaan Nabi ini membuktikan perempuan-perempuan Jahiliyah tidak menutup kepala dan rambut mereka. Manakala wanita Kristian dan Yahudi yang didakwa memakai tudung seperti tudung Islam oleh rakan Raja Petra itu, saya kira adalah lebih dibawakan bukti dari kitab Injil atau Taurat.
Selain itu, apakah yang membuatkan anda terlalu pasti bahawa bertudung pakaian sebenar perempuan Kristian di Makkah dan Madinah di waktu itu? Golongan Yahudi pula terlalu sedikit di Madinah untuk diambil kira dan kita juga tidak tahu secara sohih jenis tudung mereka.
Ada segolongan manusia yang cuba menyokong idea mereka dengan membawakan gambar-gambar ‘tudung' Yahudi dan Kristian, yang diambil dari wikipedia dan sumber-sumber yang lain.
Saya katakan, tunjukkanlah pada kami ayat di dalam Injil dan Taurat yang mendefinasikan ‘tudung' Kristian dan Yahudi, yang tanpanya, gambar-gambar yang anda bawakan adalah tidak mencukupi sama sekali, sia-sia dan tidak boleh dirujuk langsung. Sekali lagi, tunjukkan ayat-ayat Injil dan Taurah yang sebenar.
Sekalipun jika anda mampu membawakan perintah-perintah menutup kepala bagi wanita Kritsian dan Yahudi di dalam kitab Injil dan Taurat ( yang hakikatnya sudah dipesong habis oleh paderi sejak zaman Nabi lagi), tidak kiralah apa jenis tudung mereka sekalipun, wanita-wanita Muslim tetap mempunyai tugas untuk dilaksanakan, iaitu memakai tudung mengikut satu garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Selain itu, jika benar pun ‘tudung' bagi wanita Kristian dan Yahudi adalah seperti tudung wanita Muslim, maka apakah masalahnya jika sama dalam perkara yang baik dan suci? Smaa seperti Islam mendokong keadilan dan demikian juga agama lain.
Kita mesti fahami dan menyedari bahawa agama asal An-Nasara dan Al-Yahudi (sebelum diubah sepertimana sekarang ini) adalah juga agama samawi iaitu suatu ajaran yang diturun oleh Allah melalui Nabi Isa dan Nabi Musa a.s kepada kaum mereka ahli Kitab. Oleh itu, persamaan dalam beberapa aspek adalah normal dan boleh diterima.
KRISTIAN HANYA BERTUDUNG TATKALA SEMBAHYANG
Walaubagaimanapun, realitinya, tunjukkan berapa ramai Kristian dan Yahudi yang memakai ‘tudung' secara terbuka? Anda patut sedar bahawa sifat tudung kristian adalah Berebza DIMANA MEREKA HANYA UNTUK menutup kepalanya hanya setiap kali mereka ingin bersembahyang, sama ada di gereja atau di rumah. Ini bermakna jika dia tidak bersembahyang di rumah, kepalanya akan terdedah di kalangan tetamu lelaki yang tidak ada kaitan keluarga dengannya; atau jika dia bersembahyang di rumah, kepalanya ditutup walau kepada suaminya dan keluarganya sendiri.
Kesimpulannya, jika perempuan Kristian hanya memakai ‘tudung' semasa bersembahyang, maka tiada persamaan yang perlu diambil kira sebagaimana dakwaan rakan Raja Petra. Malah perkataan "untuk dikenali" di dalam ayat tadi juga sebeanrnya telah disalahtafsirkan oleh Raja Petra dan rakan-rakannya.
RAKAN RAJA PETRA MENULIS :
2) "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhias yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." Surah An-Nur (24), ayat 31.
Raja Petra's friend Comment : Sekali lagi tiada disebut langsung pasal kepala (ru'usa) di dalam ayat ini atau muka (wujuh/wajh). Sila perhatikan perkataan ‘menarik pakaian luarannya ke atas dada mereka'. Terjemahan bahasa Arabnya adalah seperti berikut:
walyadribna : dan tutuplah
bi khumurihinna : dengan pakaian luarannya
Ala : ke atas
juyoobihinna : dada mereka
Wanita diperintahkan untuk menutup dada mereka. Itu sahaja. Ini sama dengan petikan Surah Al-Ahzab ayat 59 di atas di mana kaum wanita diperintahkan untuk melabuhkan pakaian mereka. Tiada langsung disebut kepala (ru'usa), muka (wujuh) atau rambut.
KOMEN UZAR UNTUK NOMBOR 1 & 2 :
Allah Yang Maha Perkasa telah Berfirman:-
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
Maksudnya: Dan katakan pada wanita-wanita beriman: "Hendaklah mereka melabuhkan kain-kain penutup kepala (tudung) sehingag bahagian dada mereka janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.."
Saudara Raja Pete atau rakan anda, mengapakah kamu atau dia hanya bertumpu sekitar beberapa perkataan di dalam ayat tersebut dan tidak memberikan perhatian kepada yang lainnya.?
FAHAMI ERTI 'KHUMUR'
Raja Petra dan rakannya telah menafsirkan ‘Al-Khumur' secara tidak tepat, ini berpunca dari kaedah terjemahan dan kefahaman yang dibuat secara harfiah (perkataan demi perkataan) , kaedah terjemahan dan pemahaman sedemikian tidak akan dapat membantu anda memahami perkataan tersebut dengan betul.
Jika anda mampu memahami perkataan "al-Khumur' dengan sebenar, ia akan memberikan anda jawapan kepada soalan yang anda sendiri reka dan menjawab andaian-andaian salah yang anda cipta iaitu apabila anda berkata : "Tiada LANGSUNG disebut tentang kepala atau rambut".
Maksud sebenar khumur (tudung) adalah apa sahaja yang digunakan untuk menutup kepala. Manakala ‘juyub' (kata ganda bagi jaibun) adalah bentuk dada yang tidak ditutup dengan kain. Oleh itu, setiap wanita mestilah menutup tidak hanya kepala mereka tetapi juga dada termasuklah leher, telinga dan segala bahagian badan yang boleh membuatkan kaum lelaki menjadi tertarik.
Untuk memahami teks Quran dengan betul, seseorang mestilah menyelami dan mencari penggunaan istilah secara tepat di dalam bahasa Arab. Dia juga harus tahu bagaimana cara istilah atau perkataan itu digunakan di dalam masyarakat Arab kerana Quran diturunkan didalam bahasa Arab kepada masyarakat Arab di waktu itu.
Displinnya adalah mudah sahaja dan ia terpakai untuk semua jenis bahasa di tempat masing-masing. Sebagai contoh jika anda berada di United Kingdom, apabila orang tempatan berkata "It cost the earth" maka secara semulajadi akan difahami ertinya iaitu 'terlalu mahal dan apabila disebut "I hit the roof" beerti sudah marah. Perkataan ‘Motorway' beerti highway dan lain-lain. Tentunya, mereka yang biasa sahaja akan dapat memahami dengan tepat.
Demikian juga penggunaan perkataan tertentu untuk maksud tertentu yang sudah amat difahami oleh orang setempat seperti perkataan ‘rumah' yang termasuk dalam takrifannya adalah tanahnya, dapur dan tandasnya.
Sama juga halnya dengan bahasa daerah di Malaysia, seperti 'nate' bermaskud binatang dan penghinaan dan lain-lain.
Sama seperti kes dalam ayat ini, apabila Allah menggunakan kalimah "khumur", ia sudah difahami oleh Nabi dan para sahabat setempat ia bermaskud kain yang menutupi kepala. Ia dijelaskan sendiri oleh pakar tafsir di kalangan sahabat iaitu Ibn Abbas r.a.
Justeru, ia sebenarnya tidak termasuk dalam kes takwil perkataan tertentu dalam ayat dan sepertinya. Malah ia termasuk dalam ilmu Usul Fiqh dalam perbincangan Ibaratun Nas, Dalalah an-Nas, Isyaratun Nas dan lain-lain. Sebab itulah ilmu Usul Fiqh wajib dikuasai bagi mereka yang ingin pergi dalam dalam memahami Al-Quran. Tanpanya, anda perlu merujuk ulama yang pakar sama ada dari tafsir-tafsir ulama silam, kontemporari dan sebagainya.
Malah sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami Islam dengan serius mereka disarankan untuk menziarahi negara-negara Arab untuk merasakan suasana dan membiasakan diri dengan penggunaan perkataan-perkataan tertentu dalam perbualan masyarakat Arab dewasa ini. Ini sudah tentu dapat membantu lagi dalam memahami bahasa Arab di dalam Quran.
Bila Allah SWT menyebut "Khumurihinna", apa yang mesti kita fahami pertamanya,
Apakah yang dimaksudkan dengan "khumur"?.
Jawapannya ialah tudung yang menutupi kepala, rambut, telinga dan sebagainya. Apabila seseorang menyebut "khumur" di depan seseorang lain yang arif tentang bahasa Arab, apakah yang dia akan faham? Sudah tentulah, tudung juga. Fakta ini telah banyak dibahaskan oleh Ulama Islam yang hebat seperti Imam At-Tabarii (wafat 301Hijriah) di dalam tafseernya yang terkenal, Jami al-Bayan dan juga Imam Ibn Katheer (Tafseer At-Tabari, 18/120; Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/285)
SATU LAGI DALIL PERLU BERTUDUNG SEMPURNA
Selain dari khumur iaitu kain tudung yang menutup kepala wanita, dan juyub yang menutup leher dan dada kaum wanita, ayat tersebut juga menekankan satu lagi aspek yang secara putus termasuk rambut, kepala dan leher iaitu firman Allah SWT:
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
Maksud: "dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.."
Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan "perhiasannya" di dalam ayat ini?
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi, perhiasan yang dimaksudkan di atas merujuk kepada apa sahaja yang dipakai untuk mencantikkan diri seseorang; sama ada yang diKurniakan Allah seperti wajah, rambut dan bentuk tubuh; atau kecantikan yang dibuat manusia seperti baju, barang kemas, make-up dan lain-lain.
Di dalam ayat di atas, Allah Memerintahkan wanita untuk menyembunyikan perhiasan diri mereka tanpa pengecualian. Walaubagaimanapun, pengecualian hanyalah pada "yang (biasa) nampak daripadanya". Para Ulama mempunyai perselisihan pendapat tentang apakah maksudnya dan batas-batas "perhiasan, kecuali yang (biasa) nampak" tetapi kesemuanya bersetuju bahawa tiada pengecualian untuk rambut dan kepala.
Ini adalah berdasarkan hadith berikut:-
Saidatina Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa saudara perempuannya Asma' binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi S.A.W memakai pakaian yang nipis dan jarang sehinggakan menampakkan bentuk tubuhnya. Nabi S.A.W lalu memalingkan muka Baginda daripada Asma' dan berkata:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya apabila seseorang wanita telah mencapai umur baligh, dia tidak boleh mendedahkan badannya kecuali ini dan ini - sambil menunjukkan muka dan kedua tapak tangan (kedua-dua tangan)." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun ada perbincangan tentang perawi hadith ini, ianya dikuatkan dengan banyak lagi hadith yang membenarkan mendedahkan muka dan tangan jika ianya tidak membawa mudharat (fitnah). (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
Hadith ini juga menyokong pendapat bahawa kepala dan rambut wanita adalah ‘aurat dan mesti ditutup oleh wanita Muslim, kecuali muka dan tapak tangan atau tangan yang boleh dilihat oleh masyarakat umum.
Memang benar, terdapat perbincangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" iaitu bahagian yang dibolehkan terdedah sebagaimana yang dinyatakan di dalam AL-Quran tadi. Namun, sepakat ulama 4 mazhab dan Ijma' ia BUKANLAH rambut, leher, telinga dan kepala.
Ibnu Abbas R.A., salah seorang sahabat terulung Nabi S.A.W. menafsirkan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" adalah celak mata dan cincin. Anas Bin Malik R.A juga sependapat dengan beliau.
Oleh itu, bahagian badan yang mempunyai celak mata dan di mana cincin dipakai (iaitu muka dan tangan) adalah dikira sebagai "yang (biasa) nampak". Ini juga merupakan pendapat Tabi'in seperti Said bin Jubair, ‘Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun, Ummul Mukminin Aisyah R.A., Qatadah dan beberapa yang lain berpendapat gelang sebagai "yang (biasa) nampak". Oleh itu, pergelangan tangan (di mana gelang dipakai) juga dikira sebagai "yang (biasa) nampak" jika ianya tidak menimbulkan fitnah. Berkenaan batas pergelangan tangan ke siku, ianya masih dibincangkan di kalangan Ulama; dari itu adalah lebih baik untuk menutupi bahagian antara pergelangan tangan dan siku.
RAKAN RAJA PETRA menyatakan:
3) Untuk menterjemah Quran, kita perlu pergi kepada ahlinya. Dalam keadaan apa ayat itu diturunkan, dll. Tapi bukan semua Ulama tahu perkara ini.
Komen: Kita TIDAK menterjemah Quran. Boleh saya cadangkan suatu yang lebih mudah? Kenapa tidak hanya membacanya? Jika kita baca Quran dalam bahasa Arab dan kemudian melihat terjemahannya baik-baik, kita akan dapat memahaminya. Anda TAK PERLU TAHU bahasa Arab pun. Contohnya, perkataan arab untuk KEPALA, tidak pernah disebut di dalam mana-mana ayat di atas. Begitu juga dengan muka dan rambut. Jadi bagaimana penterjemah memasukkan kepala, muka dan rambut? Seseorang mesti terangkan perkara ini.
KOMEN UZAR
Saya telah menjawab kenyataan salah ini dan tidak perlu lagi disentuh perkara ini.
Apakah anda fikir Allah hanya akan menggunakan ru'asa untuk memberi erti kepala dan sya'run kepada rambut? Anda benar-benar keliru Encik Raja Pet dan rakan. Apabila Allah SWT melarang kita walau berkata ‘Ah' kepada kedua orang tua kita sebagaimana yag disebut di dalam surah Luqman. Jadi adakah boleh kita menyebut ‘Uh' dan bodoh dan sebagainya kepada kedua orang tua kita hanya kerana ianya tidak disebut dalam Quran dengan jelas?
Sebenarnya, apabila Allah melarang perkataan ‘Ah' kepada ibubapa, ini beerti Allah swt juga melarang segala macam ucapan yang mempunyai kesan buruk yang sama, malah bukan hanya perkataan-perkataan keji sahaja, tetapi juga perangai dan kelakuan yang tidak baik terhadap kedua ibubapa. Di dalam ilmu Usul Fiqh ia dipanggil Qiyas al-Awla atau boleh juga dikategorikan sebagai ‘umum al-lafz' yang membawa semua perkataan di bawah maksud yang sama.
Jadi, kepala dan rambut wanita termasuk di dalam perkataan "al-khumur" di dalam ayat tersebut. Semudah itu.
Tentang bahagian akhir artikel Raja Petra, sebahagian hadith telah disalah rujuk jadi saya tidak perlu memberi respon padanya.
MITOS 'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
Terima kasih atas masa anda.
Yang benar,
Labels: isu
ADMIN
Tarikh Islam
MINI LIBRARY
Cetusan Hati
Download Buku
- 100 Hadith Palsu
- Apa Ertinya Islam
- Asas-Asas Islam
- Bagaimana Menyeru Kepada Islam
- Christ In Islam
- Common Question About Islam
- Dakwah Fardiah
- Fiqh Dakwah dalam Al-Quran
- Hadith 40
- Ghulam Ad-Dakwah
- Islam Dakwah yang Syumul
- Ke Mana Kita Menyeru
- Kewajipan Umat Islam Dalam Pilihanraya
- Mengenbang Dakwah
- Nasihat Rumah Tangga
- Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah
- Rintangan Pendakwah
- Tariq Ad-Dakwah
- Usrah & Dakwah



